Sunday, 11 September 2011

TIP-TIP TANGGALKAN STICKER MOTORSIKAL
Beberapa tip yang boleh digunakan untuk memudahkan sikit proses tanggalkan sticker
Selalunya aku guna WD-40 atau mess pen WD-40 ajer.. Sebagai contoh :
Bubuh WD-40 kat sticker tu, biar sebentar . Ambil Hot Air Tool Salai atau layor kan sticker tu agak suam-suam jer.semasa panas suam-suam tu kopek atau cabut pelahan-lahan sticker tersebut.Cuma sisa gam akan melekat sikit dekat permukaan..lebihan gam aku akan gunakan Spray WD-40 sekali lagi ....sembur kat bahagian gam yg tertinggal kemudian biar dlm 1-3 minit..Gosok ngan kain... Insya Allah semua sisa gam akan hilang..

Kalau tak ade Hot Air Tool ni korang bolehlah gunakan Hairdrayer..untuk Sticker reflection lak....stickernya agak payah nak tanggal....jadi selalunya memang kena salai pakai api lighter skit....


Yang nak remove sticker kadang kala aku pakai petrol, turpetine atau diesel then pastu kena cepat-cepat basuh dengan sabun..Kadang kala tu gune minyak zippo atau minyak sepirit je...tapi ko kene korek sikit sticker tu kat penjuru die then titiskan minyak zippo atau minyak sepirit ...cat pun tak rosak...aku dah pernah try buat...Tapi Kalau Jenis Multy purpose yang lain aku tak jamin ade kesan tak pada cat asal tu...kadang tu lebihan gam saya akan gunakan sembur LABEL OFF kat bahagian gam yg tertinggal kemudian biar dlm 1-3 minit.gosok plak bersih-bersih ngan kain....insyaAllah semua gam lebihan akan hilang

Sources : http://firestartingautomobil.blogspot.com/

Sticker Art

Seni Sticker (juga dikenali sebagai tag menampal, dan tag pelekat) adalah satu bentuk seni jalanan di mana imej atau mesej dipamerkan menggunakan pelekat. Pelekat ini boleh menggalakkan agenda politik, mengulas mengenai dasar atau isu, atau terdiri daripada kempen seni avant garde. Seni Sticker dianggap satu subkategori Graffiti.

Saturday, 10 September 2011

Sticker!Sticker!Sticker!!


More design!!

Sample



More design!! Just email me then get your inspires stickers at reasonable price..
Hurry up!!!Order it now!!

Thursday, 8 September 2011

Sticker, type of a piece of paper or plastic

“Pelekat “ a.k.a “Sticker” merupakan sekeping kertas atau plastic yang melekat dan biasanya mempunyai reka bentuk yang boleh digunakan untuk hiasan serta mempunyai pelbagai saiz dan warna, dilekatkan di lunchboxes, bilik kanak-kanak, di atas kertas, loker, komputer riba dan sebagainya. Pelekat sangat digunakan secara meluas untuk tujuan mengenal pasti melalui perkataan atau idea. “Pelekat jenama” boleh dilekatkan pada produk dengan label produk-produk . Dispenser Label sering digunakan sebagai cara yang mudah untuk memisahkan label dari pita sokongan. Pelekat sering digunakan sebagai sebahagian daripada pengiklanan Pelekat yang diletakkan pada kereta bumper, dikenali sebagai pelekat bumper, sering digunakan oleh individu-individu sebagai satu cara untuk menunjukkan sokongan tertentu.


Sample of "Sticker", Hippotours,Singapore